Recent Comments

Monday, February 8, 2010

RESTUI LAH AKU DI SINI




Assalammualaikum,


Kehadapan ibunda dan ayahanda di kampung yang sentiasa sentosa InsyaAllah. Apakhabar di sana, semoga sentiasa sihat sejahtera selalu. Bonda janganlah kerja kuat sangat, banyak-banyak lah berehat dari urusan sekolah. Ayahanda pun harap sentiasa menjaga pantang larang makanan supaya kandungan gula dalam darah tidak lah terlalu tinggi dari skala normal. Jika tidak kesian bonda untuk menjaga ayahanda yang sentiasa berada di samping ayahanda ketika sakit dan sihat. InsyaAllah.


Anakanda di sini sihat sejahtera. Janganlah bimbang anakanda di negeri orang ini. Mereka di sini melayan anakanda dengan baik sekali dan banyak membantu anakanda. Maaf sekali lagi kerana anakanda tidak dapat pulang untuk perayaan Tahun Baru Cina kali ini. Walaupun anakanda tidak dapat pulang, harap bonda dan ayahanda gembira bersama adik-adik yang lain untuk meluangkan masa cuti bersama.


Anakanda memohon restu dari bonda dan ayahanda sepanjang pengajian anakanda di sini. Restu serta doa bonda dan ayahanda lah sebenarnya menjadi penguat dan sokongan untuk anakanda menempuh liku-liku dan cabaran pengajian peringkat kali ini. InsyaAllah anakanda sentiasa akan mendoakan kesejahteraan, keharmonian dan kesihatan yang baik buat bonda dan ayahanda di Negeri Bersejarah.


Walaupun jauh di mata, tetapi yakinlah bahawa bonda dan ayahanda sememangnya begitu dekat di hati anakanda di sini. Di harap anakanda akan sentiasa merindui kasih dan sayang yang tidak berbelah bagi dari bonda dan ayahanda. InsyaAllah.


Mohon restu dan keberkatan bonda dan ayahanda, semoga anakanda akan sentiasa kuat dan bersemangat untuk menempuh cabaran kali ini. Maafkan anakanda akan salah silap. Maafkan anakanda, bonda. Maafkan anakanda, ayahanda. Halalkan makan minum anakanda.


Wassalam,


Yang sentiasa merindui kalian,
-pheninglalat-

Wednesday, February 3, 2010

penat .......O_o......




aku amat penat...
aku amat penat...
aku tak larat...
aku tak larat...
macam nak putus pinggang ni...


teringat masa kat umah...
mak selalu complain
kata..


"penatnyaaa.... macam nak putus pinggang mak ni.... "


huhu...
tak larat...
aku penat...







bye~

Sunday, January 31, 2010

ImpOSsibLe Is NotHING



Boleh tak aku kata...sekarang ni aku tengah stress...
bila lah aku leh jadi macam FYP masa final year dulu..
tiap2 minggu aku akan ready tuk present apa yang dah buat kat supervisior...
seminggu sekali.. pasti aku ready...
ada lah penah gak aku tak siap kerja.. sebab masa tu sibuk dengan jadi facilitator untuk program universiti dengan budak-budak sekolah rendah... aku tak siapkan abstract tak silap..
ehh.. ker poster ekh? .....o_O....


Tiap kali jumpa SV mesti aku akan angguk je.. menunjukkan aku paham... bila disoal.. aku jawab..
tapi most of the time... jawapan dari mulut SV adalah selari dengan jawapan dalam otak aku..


So situasi nya seperti SV anggap aku mungkin tak paham.. walaupun diterangkan..
Aku paham sebenarnya..
Aku musykil naper aku diam ekh..
Aku pelik naper aku pulak yang macam tak ready..


Bahaya ni cik kak oi!!!!
SV ko tuh... ko kena bagi 100% effort untuk Msc..


Paper hal pun aku memang dah terbayangkan masa Viva nanti...
YA ALLAH...
KO BANTULAH AKU..
KALO NAK DOWN PUN JANGAN LAMA-LAMA...
PARAH AKU...
AKU ADA BANYAK GILER KEJA... HUHU


Twilight pun aku tak khatam lagi..
sebab aku nak concentrate dengan bacaan lain...
aku tahan je temptation untuk bace twilight..
arrrgghhhh ada banyak lagi buku cerita yang aku nak baca :(


p/s: handsome gak David Beckham ni.. unfortunately dia Jews.. nyehh...
tok seh arr camtu... hahaha...

Saturday, January 30, 2010

ular tedung!!




Dalam bas... penuh dengan penumpang..
aku duduk di bahagian tengah, manakala bonda di bahagian belakang sekali..
keadaan bas sangat kotor...
sampah bertimbun di bahagian belakang...
dalam perjalanan yang aku pun tak pasti ke mana destinasi nya..
aku menoleh bahagian belakang memberi senyuman manis ke arah bonda ku..
tiba-tiba aku terperasan akan seekor ular yang agak sederhana saiznya
di timbunan-timbunan sampah itu..
lalu aku pun menjerit...


aku: driver!! driver!! ada ular!! ular!! ulaaarr~!



maka.. bus pun segera berhenti dan seluruh penumpang segera mengosongkan bus..
tapi bonda ketika itu memegang payung.. segera mahu membunuh ular itu bersungguh-sungguh.
aku pula menjerit...


aku: Mak!! jangan bunuh!! jangan bunuh!! ular tuh!! ular!!


nada aku amat cemas kerna takut akan keselamatan bonda..
ular tersebut amat lah agresif..
aku amat cemas...
aku tak pasti ular itu mati atau tidak..
kerna aku segera terbangun sambil menjerit..


ular tuh!! ular tuh!! ular!!



aku beristighfar.... huhu... kali ni mimpi ular lah plak. sampai menggigau :(

padahal...
tgh malam tadi before nak tido..
tetiba air mata ku mengalir kerna merindui bonda..
aku pun hantar sms untuk tido lena...
agar aku tenang..


"Akak rindu mak. Lurve u. Nite"



arini... aku telepon bonda..
menceritakan mimpi akan ular..


Bonda: kalo mimpi ular ni ada orang nak meminang akak lah..

anak: ehh... mak terima ke? sekarang ni kan akak tengah belajar...

Bonda: mak ok je.. bawa lah jumpa mak.. mak nak tengok...

anak: haha.. mak ni

Bonda: jangan bawak ular.. bawak orang.. ular mak tak nak...

anak: haha.. mak ni (aku tak de idea)



Hmm... aku agak bernasib baek kot.. sebab parents tak de pun nak push benda macam ni..
even adek aku 2 orang kat bawah dah bercouple pun..

ada baca

menurut Islam kalau mimpi Mendengar Bunyi Kulit Ular: bermakna menjauhkan diri dari musuh yang menyembunyikan permusuhan dan berusaha untuk mengalahkannya.

Jika bermimpi dibelit dan dipatuk ular alamatnya, kalau anda lelaki, anda akan beristeri dan jika anda perempuan, anda akan lekas bersuami.

Mimpi Ular
Jika anda seorang jejaka atau seorang gadis bermimpi melihat atau digigit ular, bermakna akan segera mendapat pasangan atau jodoh. Dan bila anda telah bernikah bermimpi demikian, bermakna akan memperoleh kemakmuran hidup.

Mimpi melihat ular kecil dengan tiba-tiba berubah menjadi naga, bermakna akan ada orang besar yang menolong anda.
Melihat ular berwarna-warni, bersirat kebahagiaan segera terbayang pada anda.
Mimpi melihat ular yang banyak sekali, bermakna akan panjang umur.
Mimpi dikelilingi banyak ular, bermakna firasat akan banyak orang yang memusuhi anda.

Monday, January 25, 2010

misi mencari daun segar...




dada ku sesak..
terasa seperti dihempap-hempap...
terasa kering teramat di tekak ini...
akibat menahan sebak di jiwa...


telepon bimbit berdering..
segera ku capai..
tanpa menjeling siapa pemanggil..
ternyata si dia yang memanggil..


dari suara aku dapat merasakan
bertapa kecewanya pemanggil
akan sikap ku...
sikap ku yang mungkin mengecewakan dia..


maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...
maafkan aku...


aku kena mencari daun yang segar...
daun segar dari timbunan daun yang gugur...
daun-daun mati ini lah yang menghalang aku...
padahal aku perlu cepat..


aku perlu cepat...
aku perlu tangkas...
aku perlu bijak...
aku perlu peka...


YA ALLAH...
kekasih ku..
ku pohon bantu lah HAMBA Mu yang KERDIL ini...
ku pohon bantulah HAMBA Mu yang TIDAK BERUPAYA ini...


aku hampa..
tidak berkata-kata...
mati akal akan kata-kata untuk meyakinkan di pemanggil...
aku hampa...


p/s: aku berdoa semoga esok adalah hari aku...
hari baik bagi aku.. amin :)

Wednesday, January 20, 2010

problems with internal control...

terpaksa berhenti sekejap untuk RU-PRGS
huhu...
GAMBATEI!!

Aim Aku Before Akhir Bulan March...





InsyaAllah...
aku akan usahakan..
huhu...
GAMBATEI!!!

saper-saper yang berminat gak boleh klik sini

p/s: doakan aku.. thanks :)